"Sentiasa Bersedia Untuk Berkhidmat"

CK Chan

Ahli Dewan Negeri Pahang

Latar Belakang

Chan Chun Kuang, atau lebih dikenali sebagai CK Chan berasal dan dibesarkan di Kuantan, Pahang. Beliau mendapatkan pendidikan awal di Tabika Perpaduan Jalan Air Putih. Beliau kemudian menyambungkan pelajarannya di SJK (C) Pei Chai, SMK Air Putih, SABS, dan akhirnya, mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau berasal dari keluarga yang sederhana. Bapa beliau merupakan pembantu Kedai Kean Hin Semambu manakala ibunya berniaga sebagai penjual sayur pada waktu pagi dan bekerja sebagai kerani di Pahang Mail.

Di antara tahun 2017-2018, beliau bekerja sebagai pengurus lapangan bagi INVOKE Malaysia untuk mengetuai kempen lapangan di negeri Pahang. Beliau juga pernah menjalankan praktikalnya di Kedutaan Qatar Kuala Lumpur dan seterusnya bekerja sebagai Pegawai Khas kepada ADUN Semambu di Kuantan, Pahang, bermula tahun 2015 sehingga tahun 2022.

Kini, beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Pahang yang mewakili N.13 DUN Semambu.

Berita & Artikel

Bertemu dengan Timbalan Pengarah Penerangan Pahang Pn Zayana dan pegawai-pegawai dari Pejabat Penerangan Daerah Kuantan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bersama komuniti Madani Alor Akar yang diketuai oleh sdr Cheng Chung.Berharap dasar-dasar Kerajaan dan maklumat penting dapat disampaikan dengan lebih mudah dan jelas kepada masyarkat melalui penganjuran program-program komuniti.Inisiatif seperti ini juga dapat memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat. 🤝Semoga kerjasama seperti ini dapat diperbanyakkan bagi membina sebuah komuniti yang lebih adil dan inklusif! ✨#CKChan #KEADILAN #MalaysiaMadani #kuantan #inderamahkota #semambu ... See MoreSee Less
Hujan lebat dan angin kencang yang melanda awal pagi ini telah menyebabkan atap 6 buah rumah di Kawasan Rancangan Rumah Semambu(RRM) ditiup angin dan mengalami kerosakan sehingga menyebabkan kebocoran yang teruk di dalam rumah. Meninjau ke lokasi pada tengahari tadi sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian tersebut dan menghulurkan bantuan segera kepada mereka yang terjejas.Semoga usaha bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung✨#CKChan #KEADILAN #MalaysiaMadani #kuantan #inderamahkota #semambu ... See MoreSee Less
Terima kasih kepada Tokong Soon Tian Zhen Xing Gong atas jemputan untuk menghadiri sambutan perayaan ulang tahun 🎉Sempena hari yang penuh keberkatan ini, 100 bakul makanan telah disumbangkan oleh tokong kepada warga emas sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan❤️Semoga semua sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera. ✨#CKChan #KEADILAN #MalaysiaMadani #kuantan #inderamahkota #semambu ... See MoreSee Less

Hubungi Kami

📍 No.1, Lorong Sekilau 58, 25300, Kuantan, Pahang.

📞 018-2290073

✉️ chunkuang92@gmail.com