"Sentiasa Bersedia Untuk Berkhidmat"

CK Chan

Ahli Dewan Negeri Pahang

Latar Belakang

Chan Chun Kuang, atau lebih dikenali sebagai CK Chan berasal dan dibesarkan di Kuantan, Pahang. Beliau mendapatkan pendidikan awal di Tabika Perpaduan Jalan Air Putih. Beliau kemudian menyambungkan pelajarannya di SJK (C) Pei Chai, SMK Air Putih, SABS, dan akhirnya, mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau berasal dari keluarga yang sederhana. Bapa beliau merupakan pembantu Kedai Kean Hin Semambu manakala ibunya berniaga sebagai penjual sayur pada waktu pagi dan bekerja sebagai kerani di Pahang Mail.

Di antara tahun 2017-2018, beliau bekerja sebagai pengurus lapangan bagi INVOKE Malaysia untuk mengetuai kempen lapangan di negeri Pahang. Beliau juga pernah menjalankan praktikalnya di Kedutaan Qatar Kuala Lumpur dan seterusnya bekerja sebagai Pegawai Khas kepada ADUN Semambu di Kuantan, Pahang, bermula tahun 2015 sehingga tahun 2022.

Kini, beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Pahang yang mewakili N.13 DUN Semambu.

Berita & Artikel

This message is only visible to admins.
Problem displaying Facebook posts. Backup cache in use.
Click to show error
Error: Error validating access token: The session has been invalidated because the user changed their password or Facebook has changed the session for security reasons. Type: OAuthException
Hari Raya Pertama jatuh pada Sabtu. 🌙✨ ... See MoreSee Less
Baru-baru ini telah berlangsung penyerahan siap projek penaiktarafan Gelanggang Bola Keranjang Air Putih.Projek ini merupakan permohonan daripada Pejabat ADUN Semambu melalui Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang telah diperkenalkan oleh bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.IKR memberi tumpuan kepada projek berskala kecil tetapi berimpak tinggi yang memberi manfaat terus kepada rakyat. Skopnya merangkumi kerja-kerja penyenggaraan, penaiktarafan, pembaikan serta pembinaan baharu bagi infrastruktur awam kecil dengan kos tidak melebihi RM200,000. Setiap permohonan perlu menepati prinsip “value for money” demi kepentingan umum.Menariknya, permohonan IKR boleh dikemukakan oleh mana-mana pihak atau individu secara dalam talian. Pendekatan ini bukan sahaja tidak bergantung sepenuhnya kepada perancangan kerajaan, malah memberi ruang kepada rakyat untuk menyuarakan keperluan setempat dan memohon kemudahan awam yang benar-benar diperlukan.Semoga kemudahan yang dinaik taraf ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat, khususnya golongan belia, sebagai ruang riadah yang sihat dan selamat.#CKChan #KEADILAN #MalaysiaMADANI #Kuantan #InderaMahkota #Semambu ... See MoreSee Less
KENYATAAN MEDIAKenaikan BUDI MADANI Legakan Rakyat, Namun Perluasan Subsidi Diesel Wajar DipertimbangSaya mengalu-alukan langkah kerajaan menaikkan bantuan BUDI MADANI daripada RM200 kepada RM300 sebulan sebagai usaha meringankan beban rakyat yang bergantung kepada kenderaan diesel.Namun begitu, dalam keadaan semasa yang dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik serantau, kenaikan harga bahan api yang berterusan terus memberi tekanan besar kepada ekonomi domestik, khususnya kepada sektor-sektor yang masih belum diliputi di bawah mekanisme subsidi sedia ada.Bagi minggu ini, harga diesel di Semenanjung Malaysia meningkat mendadak sebanyak 80 sen kepada RM4.72 seliter berbanding RM3.92 sebelumnya.Kenaikan ini memberi kesan langsung kepada sektor-sektor utama seperti logistik, pembinaan, pembuatan, pertanian dan perikanan. Peningkatan kos operasi dalam sektor-sektor ini bukan sahaja menekan pengusaha, malah berpotensi dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.Hakikatnya, banyak industri penting seperti pembinaan, perikanan (bot kategori C2), jentera pertanian dan kren amat bergantung kepada diesel, namun masih tidak diliputi di bawah sistem subsidi sedia ada.Sehubungan itu, saya menggesa kerajaan agar mempertimbangkan langkah intervensi jangka pendek yang lebih bersasar dengan memperluaskan akses subsidi diesel kepada sektor swasta dan perusahaan yang sebelum ini tidak tersenarai dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), khususnya dalam tempoh kenaikan harga yang mendadak ini.Dalam masa yang sama, kerajaan juga disaran melaksanakan mekanisme Variation of Price (VOP) bagi membolehkan kontraktor menyesuaikan harga kontrak selaras dengan turun naik kos bahan api. Langkah ini penting bagi memastikan kelangsungan projek pembangunan.Bagi jangka masa panjang, pendekatan yang lebih mampan perlu diberi perhatian melalui penyediaan insentif seperti pelepasan atau potongan cukai, bagi menggalakkan syarikat beralih kepada teknologi yang lebih cekap tenaga serta mengurangkan kebergantungan kepada diesel.Natijahnya, usaha merasionalisasikan subsidi perlu dilaksanakan secara berterusan dengan penambahbaikan yang seimbang antara kelangsungan perniagaan, kesejahteraan rakyat dan disiplin fiskal sektor awam, agar ekonomi negara kekal berdaya tahan dalam persekitaran yang mencabar.Chan Chun KuangADUN Semambu, Pahang19/3/2026 ... See MoreSee Less

Hubungi Kami

📍 No.1, Lorong Sekilau 58, 25300, Kuantan, Pahang.

📞 018-2290073

✉️ chunkuang92@gmail.com